Monday 5 September 2016

Zahirah Homestay

SELAMAT DATANG KE ZAHIRAH HOMESTAY 
(TELUK KEMANG, PORT DICKSON)


Zahirah Homestay menawarkan penginapan yang selesa dengan penekanan kepada kepuasan pelanggan. Selain daripada perkhidmatan yang mesra kepada semua pelanggan-pelanggan kami, kami menawarkan harga yang berpatutan. Ia juga sesuai bagi pelancong yang merancang untuk melawat Port Dickson di mana banyak pantai yang indah seperti Teluk Kemang yang hanya 5 minit memandu dengan kereta. pantai Cahaya Bulan Pantai Tanjung Biru (Blue Lagoon) juga dianggap berhampiran dan hanya mengambil masa 10 minit memandu. Zahirah Homestay terletak di Taman Belida, Teluk Kemang, tempat yang paling strategik untuk bermalam di mana segala-galanya adalah berdekatan seperti restoran, pasar raya besar, Politeknik Port Dickson, Ostrich Farm, Rumah Terbalik, Muzium Tentera Darat dan Alive 3D Art Gallery juga berdekatan yang mengambil masa 5 - 15 minit memandu. Terdapat 4 bilik tidur di mana 1 bilik tidur utama dilengkapi dengan penghawa dingin, 2 bilik tidur double Queen, 1 bilik tidur single dan homestay yang dilengkapi sepenuhnya.

homestay kami baru dibuka untuk tempahan pada 1 September 2016 untuk memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan kami dan untuk memastikan kepuasan. Dengan ruang tamu dan ruang makan yang luas, menjadikan rumah ini tempat yang baik untuk berkumpul dan menghabiskan masa bersama keluarga dan saudara-mara disamping bercuti ditempat-tempat pelancongan. Ia juga sesuai bagi mereka yang bergerak dalam kumpulan dan merancang untuk mempunyai lawatan singkat ke Port Dickson. 


Harga Sewaan:

RM 250 bagi hari-hari biasa dan RM 300 bagi cuti hujung minggu dan cuti umum. 

Waktu check in: 1400H (2.00pm)
Waktu check out: 1200H (12.00pm)

Tempahan Zahirah Homestay
a. Booking fees sebanyak RM100 diperlukan bagi setiap satu   malam dan akan dikembalikan semasa check out.
b. Bank in bayaran booking.
c. Bayaran penuh hendaklah dibayar 1 hari sebelum check in atau dibayar secara tunai semasa menerima kunci Zahirah     Homestay.
d. Duit booking tidak akan dipulangkan sekiranya membatalkan tempahan dalam tempoh kurang 7 hari     pembatalan.




"Selamat Bercuti di Port Dickson"